Wednesday, February 27, 2008

the history of our prophet

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota
Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

8 comments:

bDk pAhANg said...

salam...cuber la masukkan citer yg lain,,,ok,,,thankz,,,

bDk pAhANg said...

salam...cuber la masukkan citer yg lain,,,ok,,,thankz,,,

badli said...

best ko punyer blog.harap ader isu2 lain lagi....

far east said...

salam...contohilah Rasulullah dalam setiap aspek..adakah anta telah lakukannya???fikir2kan lah ya sohabi...

mat_api said...

citer ok dah..
yang garis2 tu aper paloy??
xpaham aku..

amani said...

salm amboi siap da lawak g..bestla awak punye blok..whatever good luck..

syazwanileeya said...

LAWAK....satu aspek penarikan yang bagus,untuk penulisan the history of our prophet,it`s good.teruskan berkarya...tolong g comment yang membina utk blog kami....TQ

HANAK said...

teruskan usaha anda...
k gud luq final