Monday, March 17, 2008

Peperangan Mu'tah


Jamadilawal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Maka tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah yang mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.

Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Ini adalah perkara yang mesti kita ambil cakna iaitu mengenai kepimpinan yang mana Rasulullah S.A.W telah meminta kepada kita dalam hadis yang lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang. Jika di dalam urusan yang lebih besar lagi maka perkara ini perlu ditekankan secara yang lebih serius lagi seperti dalam kesatuan, rumah, negara dan sebagainya. Kepimpinan mestilah disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.Sifat pemimpin juga wajib dititik beratkan agar dia bukan sahaja mampu melaksanakan tugas malah dia merupakan seorang yang mampu menjaga kesucian Islam daripada tercemar. Dari sini juga kita dapat mengambil istifadah sebagai seorang pendakwah dan pejuang Islam yang mana perlu mempunyai taktik dan pelbagai cara yang berhikmah di dalam menyebarkan dakwah Islamiah bukannya secara terburu-buru dan gopoh-gapah dalam tindakan. Sifat sabar dan yakin kepada pertolongan Allah wajib ada agar kerja dakwah kita berterusan dan tidak mudah terbantut disebabkan kita mudah berputus asa apabila dakwah atau usaha kita tidak berjaya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan soal mengenai kejayaan kita tetapi Dia akan tanya mengenai kerja dan usaha yang kita lakukan. Ingatlah firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qasas yang bermaksud :
''Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk
kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah yang memberi
petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya dan Allah lebih
mengetahui mereka yang mahukan petunjuk.''


Sebaik sahaja mereka tiba di Mu'tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Qain dan Bahara'. Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya muslimin ke Mu'tah untuk memburu kemenangan ataupun syahid demi menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan. Ini menyatakan kepada kita bahawa sesuatu tindakan bukanlah mengharapkan kepada ramai yang menggerakkannya tetapi ia mesti disertai dengan mujahadah, keyakinan, tawakkal sebelum menghasilkan natijah yang berkualiti. Strategi, motivasi, inovasi dan ta'awun yang berterusan begitu penting di dalam menggerakkan sesuatu pergerakan samada persatuan, syarikat dan amal jamae'i yang lain dan lebih utama ialah negara.


Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan as-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain. Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak.


Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja.


Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan.

30 comments:

badli said...

salam sahabat,,bila terbaca blog anda,,ia memang menarik, tjk peperangan mu'tah sama ngn aizam..isinya pun lbih kurang sama,,gud luck..:0

Irshadiah Addiniah said...

anda smemangnya pengkaji sejarah yg komited...tahniah krn tlah berjaya mghslkan keje2 dkwah yg murni..smoga idup mu dbrkati Allah...

Khairil_usim said...

anda telah memenangi sebuah moto LC kerna hasil nukil;an anda berjaya dimasukkan ke dalam internet untuk tatapan umum....

inazarina said...

salam...
tajuk kck nyer, skali tgk mcm xda tjk lah..kalo blh bsr kn ckt bg nmpk ader tjk..blog awk menarik walau pn tjk kck..

Wassalam...

KimAmaN said...

wsalam..ai,bg salam jer ker..x komen ape2 pnj..komen la alek yerk..

azianiza said...

salam...
semoga dapat memaparkan lagi kisah-kisah yang menarik seperti kisah yang awak paparkan pada kali ini..
wassalam...

suhaini said...

teruskan menulis.lari sikit dari tajuk perang, mesti lg bes. gud luck

suhaini said...

teruskan menulis.lari sikit dari tajuk perang, mesti lg bes. gud luck

ummuhurairah said...

tahniah atas persembahan yang menarik. yang penting hayati apa yang ditulis dan ambil iktibar dari sirah ini. jadilah mujahid alaf baru..

far east said...

askum...biler aku bacer kisah perang ni,aku dpt rasekan yang umat islam terdahulu begitu tinggi sifat jihad mereka...mungkinkah kita masih ader lagi sifat2 mcm mujahiddin yang terdahulu? samer2 la kita berusaha yer.....thankz sbb citer ni,,,aku bagi ko 10 bintang...

DILAH_8539 said...

salam..best ar ko punyer citer..harap ader lagi citer2 yang lain,,,lawak ko pun best..blh ilang tension aku...

mat_api said...

askum..best ar ko punyer blog...ader citer lawak plak tu...nak kering air mata ku biler bacer lawak tu...tahniah kat ko...

achik said...

best la ko..citer pun best gak..dapatla jgk aku akhirnya..ramai bagi ko bintang..aku nak bagi gak,,aku bagi ko 10000 bintang...ok

SHUKRI KS26116 said...

salam...bgus blog awakkk,,,sy tertarik ngn gmbr2 awk..awak mmg seorang yg ceria..teruskan usaha awak...sy pun nk bg bintang gakk..sy bg 5000000 bintang...

helmy said...

salam...hebat ar ko punyer blog...ceria jer...nnti ajar aku yer..ko skang katner ni?aku dtg umah ko tp x der pun?ko pegi sekolah ke?takpela aku g len kali la.bye.

budiman said...

askum....aku suker tgok blog ko...ceria jer,,bgus....

syawal@jerung said...

best3..gud luck

iklima said...

Jalan citenya memang menarik tp panjang sngt....

dya_dayana said...

Salam...jln citenya memang bagus leh wat panduan...Cover dpn memang menarik sngt...Gude Luck....

sujairi_usim said...

bgusnyer,,,,,,,,,,,,,,,

Rubbama said...

assalamualaikum.....thankz sbb siarkan citer perang mu'tah ni.blog ko mmg ceria ar...suker aku tgok..naper x ltak gmbar aku dlm tu?

ABDRANISAPIAI said...

salam....aku teruja biler bacer ko punyer blog...teruskan usaha ko...gudluck.askum

nawwir nur-eniey- said...

Assalamualaikum ya akhi min Pahang!!
eh sama je crita ngan faez.anyway good job..baca kali kedua lbh faham dr bacaan skali je..baguss2x..seronoklah baca kat halaman lawak anta...truskan perjuangan ya wlaupun luar dr kwasan Pahang..INSYAALLAH!!

zulfa said...

salam,tahniah di ucapkan atas usaha anda menyiapkan blog yg menarik ni..yg penting kt cni jgn smpn jer bce jgn lupe ek,,k bye gud luck..

sarahyati said...

salam.....good job....memang menarik n mungkin dapt menarik para pembaca dgn ini secara tidak langsung dakwah kamu berkesan.
tq, saya ucapkan di atas usaha kamu dlm mencerita kisah ini, ada pembaca yg th kisah ini dan ada jugak yang xth, dgn membaca blog ini mereka akan memgetahuinya. teruskan usaha anda....nanti komen kt sy jgk tau....

areda said...

salam,,,wow panjangnye cite ni,,,kalau boleh ringkaskan sikit..pastu tulisan tu tak menarik minat saya untuk teruskan pembacaan,tulisan tu kecik sgt..k.lah tu jer...gook luck...tahniah.

azlin said...

salam..menarik juga cerita nie..banyak maklumat yang kita boleh dapat..x boring..

w.i.s.d.O.m said...

nicework,nicejob,nicestory...
keep trying da best ya..
n mehla kte sma2 amik pengajaran dari kisah ni ek..

bittaufiq wannajah..
chaiyoo!!

p/s: jgn lupa komen blog sy tau:D..

Ayuni said...

salam...teruskan perjuangan anda...good luck...

sarahyati said...

slm.....taniah la dpt anugerah pada mlm anugerah pada mlm anugerah komandon 2.....teruskan lg la sikap cm 2....sebnrnya cemburu jgk la tgk wak dapt anugerah 2...apa rahsianya?????...tentang blog lak memang menarik sgt...tp fikirkan faedah n pengajaran dari kisah itu......